MENU

KURIKULUM


MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID SK SUNGAI BALAI
Pada tahun 2013, murid-murid tahun 1, 2 & 3 akan mengikuti pengajaran menggunakan dasar KSSR. KSSR telah dimulakan pada tahun 2011 untuk murid tahun 1,  tahun 2012 untuk murid tahun 2 dan 2013 untuk murid tahun 3. Diharap kepada semua ibubapa/ penjaga dapat memahami konsep dan dasar KSSR.

PELAKSANAAN UJIAN 2 AKAR TAHUN 6 DAN TINGKATAN 3 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Rabu, 21 Ogos 2013 16:12
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
2.     Tarikh pelaksanaan Ujian 2 AKAR akan dijalankan seperti butiran berikut:
2.1 Tahun 6 SK ( 27 – 28 Ogos 2013)
      SJKC dan SJKT (27 – 29 Ogos 2013)


2.2 Tingkatan 3 (27- 30 Ogos 2013 dan 2 September 2013)

3.     Mohon pihak tuan memuat turun jadual berkenaan di bawah :
a. Jadual Waktu Ujian Khas (Diagnostik) AKAR Tahun 6. Sila klik DI SINI 
b. Jadual Waktu Ujian Khas (Diagnostik) AKAR Tingkatan 3. Sila klik
DI SINI
3.     Sila dapat CD Ujian 2 AKAR tersebut mulai hari Jumaat, 23 Ogos 2013 di Unit Akademik.Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, PPPD Kurikulum (Bahasa) di talian 012-4340753.
Sekian, terima kasih.


MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 2



Sumber: PPD Hilir Perak
Isnin, 07 Mei 2012 14:10

Semua Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.


Tuan,
Dimaklumkan bahawa Saringan Khas Linus Tahun 2 akan dijalankan mulai 14 Mei sehingga 17 Mei 2012 di sekolah masing-masing.  Mohon kerjasama pihak tuan memaklumkan kepada semua ibu/bapa/penjaga murid Tahun 2 tentang perkara ini melalui surat rasmi. Jadual pelaksanaan saringan khas boleh di muat turun DI SINI untuk tindakan tuan.

Sekian. Terima kasih.




PENGEMASKINIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) TAHUN 1 DAN 2 SEKOLAH RENDAH 
Sumber: PPD Hilir Perak
Selasa, 08 Mei 2012 23:26

Semua Guru Besar
SK / SJKC / SJKT
Daerah Hilir Perak


Tuan,

Dipohon semua Setiausaha Peperiksaan(SUP) PBS dan Guru Matapelajaran yang mengajar Tahun Satu dan Dua di sekolah tuan untuk mengemaskinikan semua rekod prestasi Formatif dan Sumatif serta sistem fail yang berkaitan setiap murid.

Semua senarai nama kelas dan murid telah pun dijana melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (  APDM ) dalam SPPBS ( online ) secara automatik. SUP hanya perlu daftarkan nama guru dan matapelajaran yang diajar. Guru matapelajaran pula daftarkan murid yang diajar dan matapelajarannya serta mengemaskinikan rekod prestasi murid. Sistem ini telah mula beroperasi pada 23 April 2012 yang lalu.