MENU

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Balai ditubuhkan pada 1 hb
November 1911. Pada asalnya bangunan sekolah ini
merupakan sebuah bangsal yang didirikan oleh penduduk
kampung. Orang yang menjadi tulang belakang kepada
pembinaan sekolah ni ialah Allahyarham Tuan Hj
Abdullah b Hj Mutalib. Murid ketika itu ialah 30 orang
dengan seorang guru.


Pada 28 hb September 1925, tapak bangunan dibeli oleh
kerajaan. Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan
kayu berlantai dan beratap nipah dan dua buah rumah
guru. Pada masa ini terdapat sebuah bangunan lama
separa kayu yang dibina dalam tahun 1950. Selepas
perang sekolah ini terus berkembang dan beberapa
bangunan tambahan terus dibina. Pada tahun 1977 sebuah
lagi bangunan batu dua tingkat mengandungi bilik pejabat
dan kelas. Bangunan ini dirasmikan oleh YAB Datok Sri
Mohd Ghazali b Haji Jawi PMN,SPCM Menteri
BesarPerak.

No comments:

Post a Comment