PELAKSANAAN KEM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH |
|
|
|
Ditulis oleh Unit Pengurusan Kemanusiaan
|
Jumaat, 04 Oktober 2013 16:04 |
Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
Tuan,
PELAKSANAAN KEM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH
Sukacita sekiranya pihak tuan dapat melaksanakan program tersebut pada atau sebelum 4 November 2013.
Manual Kem Sukan Sekolah dan Laporan Pelaksanaan Kem oleh sekolah boleh dimuat turun dari www.moe.gov.my/bsukan. Laporan
kem sukan sekolah perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir
Perak pada atau sebelum 8 November 2013 (UP: Penyelia Kanan Sukan).
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali Penyelia Kanan Sukan
PPD Hilir Perak ditalian 019-576 9778. Peruntukan bagi pelaksanaan kem
akan diturunkan ke sekolah masing-masing mulai minggu hadapan.
Sekian.
|
KEHADIRAN PELAJAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR. |
|
|
|
Ditulis oleh Penolong PPD ICT
|
Jumaat, 04 Oktober 2013 15:10 |
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
Tuan,
KEHADIRAN PELAJAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR.
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2. Mohon kerjasama tuan supaya memastikan kehadiran pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan PMR adalah seperti biasa.
3. Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan sentiasa memantau kehadiran mereka dari masa ke semasa.
4. Mohon kerjasama tuan untuk menyediakan program-program yang
berfaedah untuk pelajar-pelajar ini selepas peperiksaan UPSR dan PMR.
5. Sehubungan itu mohon jasa baik tuan untuk menghantar senarai
program-program tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak(u.p: Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin Mansor) pada atau sebelum 11 OKTOBER 2013)
Sekian, terima kasih. |
ANUGERAH PIBG CEMERLANG DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2012 - 2013 |
|
|
|
Ditulis oleh Penolong PPD ICT
|
Jumaat, 04 Oktober 2013 15:08 |
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
ANUGERAH PIBG CEMERLANG DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2012 - 2013
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian
Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk mewujudkan semula anugerah
PIBG cemerlang peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi memberikan
pengiktirafan kepada PIBG yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam
melahirkan modal insan cemerlang. Jabatan Pendidikan Perak dalam
Mesyuarat Khas Berkaitan Pengurusan PIBG Cemerlang 2012 – 2013 pada 1
Oktober 2013 yang lalu telah mengarahkan Pejabat-Pejabat Pendidikan
Daerah Negeri Perak untuk melaksanakan program ini di peringkat daerah.
3. Bersama-sama surat ini dilampirkan butiran berkaitan
program Anugerah PIBG Cemerlang di peringkat kebangsaan, negeri dan
daerah. (MUAT TURUN DI SINI)
4. Turut dilampirkan Borang Penilaian PIBG Terbilang bagi
membolehkan pihak sekolah membuat penilaian kendiri. Pihak sekolah perlu
mengembalikan borang ini yang telah dibuat penilaian kendiri kepada
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak pada atau sebelum 17 Oktober 2013.
5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila
berhubung dengan En. Mohd Ridzuan bin Mohd Saad, Penolong PPD
Perhubungan di talian 012-2348428.
Segala kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini amatlah dihargai |
|
|
No comments:
Post a Comment