MENU

05 October 2013

MAKLUMAT TERKINI UNTUK TINDAKAN SEGERA- PPD HILIR PERAK

EMIS : KEMASKINI DATA MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN OKTOBER 2013 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh ppdhilir   
Sabtu, 05 Oktober 2013 11:14
Kepada Semua Pengetua, Guru Besar dan Guru Data Sekolah
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak.
Tuan,
Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(ICT)4688/11/3/1 Jld3(42) adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
Mohon pihak tuan dapat mematuhi Jadual Kutipan Data Maklumat Asas Pendidikan (EMIS/MAP) seperti Lampiran A surat tersebut.
Terdapat juga penambahan medan di dalam Modul EMIS on Line yang perlu dikemaskini oleh Guru Data sekolah tuan.
Surat arahan dan juga panduan pengisian medan tambahan boleh dimuat turun DI SINI.
Utiliti Semak Ralat EMIS versi  JPN Perak 15 September 2013 boleh dimuat turun melalui portal JPN. Tuan hendaklah menyemak portal JPN dari masa ke semasa.
Utiliti Semak Data EMIS HIlir Perak versi Oktober pula boleh dimuat turun DI SINI. Versi Hilir Perak merupakan penambahbaikan kepada Utiliti Semak Ralat EMIS versi  JPN Perak 15 September 2013. Pihak tuan diminta menyemak data menggunakan kedua-dua utiliti ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Encik Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi, Penyelia ICT di talian 0195759203.
Sekian, kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
PELAKSANAAN KEM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Pengurusan Kemanusiaan   
Jumaat, 04 Oktober 2013 16:04
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN KEM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Sukacita sekiranya pihak tuan dapat melaksanakan program tersebut pada atau sebelum 4 November 2013.
Manual Kem Sukan Sekolah dan Laporan Pelaksanaan Kem oleh sekolah boleh dimuat turun dari www.moe.gov.my/bsukan.
Laporan kem sukan sekolah perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak pada atau sebelum 8 November 2013 (UP: Penyelia Kanan Sukan). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali Penyelia Kanan Sukan PPD Hilir Perak ditalian 019-576 9778. Peruntukan bagi pelaksanaan kem akan diturunkan ke sekolah masing-masing mulai minggu hadapan.
Sekian.
 
KEHADIRAN PELAJAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Jumaat, 04 Oktober 2013 15:10
Semua  Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah  Daerah Hilir Perak

Tuan,

KEHADIRAN PELAJAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR.
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2.        Mohon kerjasama tuan supaya memastikan kehadiran pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan PMR adalah seperti biasa.
3.      Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan sentiasa memantau kehadiran mereka dari masa ke semasa.
4.       Mohon kerjasama tuan untuk menyediakan program-program yang berfaedah untuk pelajar-pelajar ini selepas peperiksaan UPSR dan PMR.
5. Sehubungan itu mohon jasa baik tuan untuk menghantar senarai program-program tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak(u.p: Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin Mansor) pada atau sebelum 11 OKTOBER 2013)

Sekian, terima kasih.