Welcome 2015
MISI DAN VISI
VISI DAN MISI KPM
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
VISI DAN MISI SEKOLAH
VISI
Sekolah Kebangsaan Sungai Balai
Menjana Generasi Terbilang.
MISI
Membentuk Modal Insan Cemerlang Berminda Kelas Pertama Melalui;
A. Pengurusan Dan Kepimpinan Yang Cekap Dan Berkesan.
B. Akademik Yang Berasaskan Pengurusan Pembelajaran Dan
Pengajaran Yang Berkualiti.
C. Program Pembinaan Insan Untuk Melahirkan Murid Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu Dan Berketrampilan.
D. Aktiviti Sukan Yang Berasaskan Pendekatan Saintifik Dan
Inovatif.
E. Aktiviti Kokurikulum Yang Berasaskan Pembinaan
Generasi Bestari , Jatidiri Dan Integriti Nasional.
MOTTO SEKOLAH
Ilmu Bekalan Hidup
SLOGAN
Sekolah Kebangsaan Sungai Balai Cemerlang
28 December 2009
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
08 December 2009
01 December 2009
KEPUTUSAN UPSR 2009
Mendapat 5A:-
1. Aiman Hafifi b. Mohamed Khusainy
2. Mohamad Salehuddin b. Mohd Soror
3. Nur Syafiqah bt. Saari
Mendapat 4A 1B:-
1. Fatatun Jawiah bt. Daim
2. Khalid Saifullah bt. Nordin
3. Amirul Hakim b. Muhmmad
Mendapat 3A 2B:-
1. Farid Mahfudz b. Mat Asman
Mendapat 2A 3B:-
1. Nur Mariam bt. Husni
2. Amirah Su'aidah bt. Mohd Asri
27 October 2009
BERITA TERGEMPAR
GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.
Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.
Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.
Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.
Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.
Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa
GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.
Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.
Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.
"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.
Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.
"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.
Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.
Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.
Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.
Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.
Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.
Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.
Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.
"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.
Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.
Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.
Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.
Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009
03 July 2009
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009
TARIKH : 14 JULAI 2009 - 16 JULAI 2009
HARI : SELASA -RABU
18 May 2009
SAMBUTAN HARI GURU 2009
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Terima Kasih.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
15 May 2009
SAJAK UNTUK GURU-GURU
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Untuk mencari sajak-sajak berkaitan guru, klik di sini
http://us.geocities.com/sajak29/moden/guru/index.htm
13 May 2009
SEJARAH HARI GURU

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
LOGO HARI GURU
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
TEMA HARI GURU MALAYSIA
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
SELAMAT HARI GURU
Lirik Lagu
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Lirik Lagu
GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

09 May 2009
LIRIK LAGU - UNTUKMU IBU
Tajuk: Untuk Mu Ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
( ulang 1, 2, 3 )
Ibu…
Selamat Hari Ibu...

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

::Nowseeheart::
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagiaLihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati dukaWalau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Ucapan Hari IBU
Selamat Hari Ibu
Oleh Bat · 13th May 2009
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..miahaha…Terutama sekali kepada ibu aku, Hasnah Ahmad, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..
Selamat Hari Ibu
Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Hasil nukilan:
Rozaimie
Buat Ibu-ibu di luar sana...

30 April 2009
KEM BESTARI SOLAT 2009

Kem Bestari Solat Siri 1 telah diadakan pada 24 April 2009 bersamaan hari Jumaat. Kem ini telah diadakan pada sebelah petang. Guru yang bertugas pada petang tersebut ialah Ustazah Fauziah dan Ustaz Salmezal. Untuk siri 1 ini, kehadiran murid tahun satu adalah 100% hadir.
Naib Johan Daerah Hilir Perak
(Belakang: Hafiq, Khalid Aiman Ammar, Farid, Firdaus, Syafikul)
(Depan: Izzudin, Naqiuddin, Naufal, Hassan, Salleh, Hayyat)
(Tiada dalam gambar: Asyraff dan Falah)
Pasukan Komapng Formasi SKSB telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Ini amat membanggakan kerana ini merupakan penyertaan kali pertama SKSB. Terima Kasih kepadaq Guru yang mengajar dan menghantar murid-murid ke pertandingan tersebut. Sekalung tahniah diucapkan...
28 April 2009
BERTANDING LAGI...
27 April 2009
Bercerita Agama Peringkat Negeri

Adik Aiman Hafifi telah mewakili Daerah Hilir Perak dalam pertandingan bercerita agama. Adik Aiman hanya mendapat saguhati, tetapi usaha yang ditunjukkan oleh adik Aiman amat-amat dihargai. Ucapan tahniah dan Terima Kasih juga diucapkan kepada Ustazah Nor Hamzani kerana tidak jemu-jemu melatih Adik Aiman sehingga ke Peringkat negeri... SYABAS
02 April 2009
MENANG LAGI....
27 March 2009
Kempen Earth Hour

KUALA LUMPUR: Dalam usaha simbolik untuk menangani pemanasan global, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), menggesa rakyat Malaysia untuk memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30 malam pada 28 Mac.
Pengarah Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius SK Sharma, berkata, tindakan itu selaras langkah pergerakan antarabangsa Earth Hour
Katanya, beberapa bangunan mercu tanda di negara ini seperti Menara Kuala Lumpur, Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall akan bersama-sama dengan bangunan mercu tanda di 74 negara lain dalam menjayakan pergerakan Earth Hour.
Duta Earth Hour Malaysia, Yasmin Ahmad, berkata pihaknya berharap untuk menghubungi lebih banyak syarikat korporat dan agensi kerjaan termasuk Kompleks Kerajaan Putrajaya dan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk turut serta dalam pergerakan itu.
Pergerakan Earth Hourmencatatkan kejayaan pada 2007 di Sydney, Australia di mana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan memadamkan lampu mereka selama sejam.
Untuk maklumat lanjut dan mengikrarkan sokongan bagi Earth Hour 2009, sila layari laman web www.earthhour.org/malaysia
19 March 2009
Dapat rumah, ditaja biasiswa belajar di London

![]() |
|
KUALA LUMPUR - Nik Mohd. Kamal Hussien, 41, mungkin tidak pernah bermimpi untuk mendiami rumah bernilai RM130,000 dan menghantar anaknya belajar ke luar negara.
Dengan pendapatannya sebanyak RM500 sebulan sebagai nelayan, tidak mungkin nelayan dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu dapat berbuat demikian.
Namun, semua itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hanya kerana kecemerlangan anaknya Nik Nur Madihah, 18, yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Lebih menarik, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar semalam memberitahu, anaknya itu akan ditawarkan pinjaman penuh secara automatik oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dianggarkan bernilai RM70,000 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di London.
"Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.
"Kita tawarkan biasiswa A-Level di London berdasarkan minat Nik Nur Madihah untuk belajar di United Kingdom,'' katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu.
Selain Mara, semalam Nik Nur Madihah turut ditawarkan dua lagi biasiswa lain daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Rabu ini, Nur Madihah akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa yang diatur oleh BNM.
Di Pengkalan Chepa, Nik Nur Madihah melahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan banyak pihak ekoran kejayaan diperolehnya. Dia menganggap ia adalah rahmat Tuhan atas kesabarannya selama ini.
Selain tawaran biasiswa anaknya, Nik Mohd. Kamal turut dikhabarkan dengan berita gembira apabila Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyatakan pihaknya akan membina rumah baru untuk keluarga tersebut.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kos pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM130,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.
“Tapak rumah telah disediakan di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dan akan dibina dengan segera.
“Pemberian rumah ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga mereka di samping sebagai penghargaan kepada kejayaan Nik Nur Madihah,’’ katanya ketika ditemui selepas memberi sumbangan peribadi kepada keluarga itu di sini semalam.
Bagi Nik Mohd. Kamal, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sambil tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur dan terharu terhadap kurnia Tuhan kepadanya.
“Saya cuma harap pemberian ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak dan menjadikan mereka lebih tekun belajar pada masa akan datang,’’ ujarnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
JADIKAN CONTOH UNTUK MURID-MURID SKSB BERJAYA.... INSYAALLAH...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
17 March 2009
Ramai Guru Sains, Matematik lemah Bahasa Inggeris
BESUT 2 Sept. Utusan Online - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama
‘Paksa Rela’ Punca Guru PPSMI Lemah Bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online - Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.
Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.
”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.
”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.
”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,” jelasnya.
12 March 2009
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-30 TAHUN 2009
05 March 2009
SEKALUNG TAHNIAH...
Peserta perempuan dari kiri Amirah Shu'aidah ( tulisan jawi), Nabeelah (Hafazan), Balqis (Bercerita) & Fatatun Jawiah (Mengaji). Semuanya terdiri daripada murid tahun 5 dan 6.
SK Sungai Balai telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kompang Selawat Kelompok 8. Dengan ini, SK Sungai Balai telah menjadi Johan kelompok sebnyak 2 kali berturut-turut. Tahniah...
Inilah sebahagian wajah-wajah ceria peserta SK Sungai Balai di SK
FESTIVAL AGAMA ISLAM
Tarikh : 25 Mac 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat: SK Kampung Bahagia, Teluk Intan.
Semua pembaca di dijemput hadir untuk memberi sokongan.
03 March 2009
MESYUARAT PERMUAFAKATAN OLAHRAGA 2009
Hari: Selasa
Masa: 3.00 ptg
Maklumat yang dipersetujui.
1. Gotong-royong sukan akan diadakan pada 10 March 2009.
2. Sukan sekolah akan diadakan pada 11 March 2009.
3. Permainan ibubapa semasa gotong-royong
* Kaum ibu: Lontar Peluru
* Kaum bapa: Lontar peluru
SEMUA IBUBAPA DAN BELIA DIJEMPUT HADIR.
01 March 2009
KEADAAN PADANG SEBELUM & SELEPAS PERTANDINGAN
KEPUTASAN BOLA BALING KEL.8 (2009)
- SK SUNGAI BALAI
- SK SUNGAI NIPAH
- SK RUNGKUP
- SK SUNGAI PERGAM
KEPUTUSAN BOLA BALING PEREMPUAN
- SK SUNGAI NIPAH
- SK SUNGAI PERGAM
- SK SUNGAI BALAI
- SK RUNGKUP
25 February 2009
GAMBAR PANORAMA SKSB
Selamat Hari Guru...
LOVE YOU ALL TEACHERS...
Guru-guru lelaki sedang bermainan permainan rebut kerusi. Di hadapan sekali diketuai oleh cikgu romie, budin, jeli, cikgu utuh, ustaz dan cikgu ramzie.
Guru-guru perempuan sedang bermain bowling kelapa... susah tu...
KEJAYAAN SEPANJANG 2009
Naib Johan Kompang dan Formasi Daerah 2009
Saguhati Kompang Selawat Daerah 2009
Johan Kompang Selawat Kel 8(2008/2009)
AKTIVITI SEPANJANG 2009
Gotong-royong membina garaj basikal
Kejohanan Olahraga 2009
Festival Agama Islam Kel.8 2009
Gotong-royong membina garaj basikal
Kem Literasi Al-Quran Tahun 5
Kem Literasi Al-Quran Tahun 5
HARI KOKURIKULUM 2009
Permainan Jejak Si Buta
Membuat Kraftangan...
Malam Kebudayaan
Memanggang Ayam
Makan malam lauk ayam panggang
Jom makan malam... Sedapnya... ayam panggang