
| UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH | 
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan
 dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SK Sungai Balai 
iaitu Muhammad Khairul Asraf bin Mohd Sahid kerana berjaya mendapat 
Johan Pertandingan Khat (Sekolah Rendah) sempena Sambutan Maulidur Rasul
 peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2013 yang telah 
diadakan pada 08 Februari 2013 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan
 Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. 
Dato' Dr. Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 
Malaysia. 
Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, menyemarakkan semangat tuan, guru-guru serta pelajar lain bagi mencapai kejayaan yang berganda agar Perak sentiasa di puncak kegemilangan.  |