
Gambar di sebelah merupakan keadaan padang sehari sebelum pertandingan. Masalah paling besar ialah keadaan padang yang terlalu rendah menyebabkan air dari parit sekiling masuk ke padang. Keadaan bertambah buruk dengan cuaca hujan pada tiap-tiap malam.

Gambar kedua ini adalah gambaran sehari sebelum pertandingan. Ini merupakan usaha guru-guru untuk mengurangkan takungan air di tengah padang. Guru-guru terpaksa membuat tali air untuk menyalirkan air ke parit, tapi usaha itu hanya sia-sia sahaja. Padang masih lagi bertakung.

Gambar ketiga ini juga sehari sebelum pertandingan. Murid-murid bergotong-royong bersama guru-guru menambak di kawasan gelanggang permainan. Lihat di kaki meraka, masih lagi tenggelam dan keadaan masih lagi tak berubah. Hari pertandingan smakin dekat...

Gambar keempat menunjukkan keadaan padang yang masih digenangi air. Ini merupakan kaki salah seorang murid. Masih dalam dan garisan gelanggang telah tenggelam...

Gambar kelima adalah gambar semasa hari pertandingan. Inilah keadaan gelanggang yang mempunyai kawasan lecah di tengah padang. Tetapi perlawanan masih tetap berjalan dengan lancar. Baju murid-murid dipenuhi kotaran lumpur...

Gambar keenam adalah gambar perlawanan terakhir pada hari pertandingan. Keadaan padang semakin teruk. Tuan rumah terpaksa menabur tepung hampir 4 kg untuk membuat garisan sementara. Alhamdulillah, pertandingan tersebut berjaya juga dihabiskan pada jam 12.30 tgh.

Selepas pertandingan, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada sekolah yang menang. Pihak penganjur memohon maaf di atas kekurangan sepanjang pertandingan dijalankan. Terima kasih di atas bantuan Pengadil-pengadil bertauliah yang telah mengadili Pertandingan Bola Baling Kelompok 8. Dan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan. Hanya Allah sahaj yang dapat membalas jasa baik semua. Kepada pasukan yang menang, mereka akan bertanding ke peringkat daerah pada 4 April 2009 (Sabtu) di SK Sungai Lampam, Teluk Intan. Sama-sama kta doakan agar pasukan kelompok 8 berjaya......