Welcome 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SEMOGA TAHUN 2015 MEMBERI LEBIH KEJAYAAN UNTUK MURID-MURID SK SUNGAI BALAI.

MISI DAN VISI

VISI DAN MISI KPM

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Sekolah Kebangsaan Sungai Balai

Menjana Generasi Terbilang.

MISI

Membentuk Modal Insan Cemerlang Berminda Kelas Pertama Melalui;

A. Pengurusan Dan Kepimpinan Yang Cekap Dan Berkesan.

B. Akademik Yang Berasaskan Pengurusan Pembelajaran Dan

Pengajaran Yang Berkualiti.

C. Program Pembinaan Insan Untuk Melahirkan Murid Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu Dan Berketrampilan.

D. Aktiviti Sukan Yang Berasaskan Pendekatan Saintifik Dan

Inovatif.

E. Aktiviti Kokurikulum Yang Berasaskan Pembinaan

Generasi Bestari , Jatidiri Dan Integriti Nasional.


MOTTO SEKOLAH

Ilmu Bekalan Hidup


SLOGAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Balai Cemerlang

31 December 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak sekolah SK Sungai Balai dan PIBG mengucapkan selamat kembali ke sekolah pada 3 Januari 2011. Sediakan segala kelengkapan dan keperluan sekolah.

21 December 2010

PERANCANGAN STRATEGIK 2011

Kepada semua Guru Besar dan Pengetua

Daerah Hilir Perak.


Salam,

1) Mohon kerjasama Pengetua/Guru Besar membuat perancangan strategik sekolah
berpandukan 5 misi yang telah ditaklimatkan.

2) SKT 2011 hanya boleh dirancang selepas JPN Perak selesai SKT Negeri.

Perancangan Strategik dan Bahan Taklimat yang diadakan pada 17 Disember 2010 di Dewan Syarahan, SMK Seri Perak boleh dimuat turun DISINI.
Terima Kasih.

22 May 2010

Kampus ketiga UITM Perak di Bagan Datoh

22/05/2010 4:40pm

BAGAN DATOH — Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan membuka sebuah lagi kampus cawangannya, yang ketiga di Perak, iaitu di Bagan Datoh, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, projek pembinaan kampus yang menelan belanja RM250 juta di atas kawsan seluas 40 hektar itu dijangka siap pada 2013, dan apabila disiapkan ia bakal menempatkan kira-kira 5,000 pelajar.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata, selain kampus UiTM, dua buah sekolah juga akan turut dibina di Bagan Datoh dalam masa terdekat iaitu Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Teknik.

Beliau berkata, tiga buah pusat pengajian itu nanti akan menjadi mercu tanda utama kepada Bagan Datoh sebagai sebuah kawasan gedung ilmu tersohor di Perak. — Bernama

11 May 2010

SELAMAT HARI JURURAWAT


Kerajaan mengisytiharkan 12 Mei setiap tahun sebagai Hari Jururawat Malaysia untuk mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara. Di kesempatan ini, Warga SK Sungai Balai dan PIBG ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua Jururawat Hospital, Klinik-klinik Kesihatan dan Pusat Perubatan di Malaysia.

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah. Dulu bidang kejururawatan ini cuma perempuan sahaja sekarang sambutan dari golongan lelaki semakin memberangsangkan.Sebenarnya ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif. Malah, jururawat juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah.

Sedikit imbasan sejarah sambutan Hari Jururawat Sedunia.

12 Mei merupakan hari ulang tahun tokoh jururawat Barat yang tidak asing lagi, Florence Nightingale. Hari Jururawat telah disambut oleh seluruh dunia sejak tahun 1965 oleh International Council of Nurses (ICN). Tidak dinafikan sumbangan besar oleh dua golongan ini yang telah begitu banyak menabur jasa dan bakti mereka kepada anak-anak dan kepada segenap lapisan peringkat umur. Di mana-mana sahaja jasa mereka akan diperkatakan dan sumbangan mereka akan diingati. Apabila sakit, kita akan cari mereka. Apabila berduka, kita akan cari mereka. Merekalah Ibu dan merekalah Jururawat kita!

Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita, adalah perintis kepada kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845.

Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Sumber Sejarah http://ms.wikipedia.org/wiki/Florence_Nightigale.

HIMPUNAN DOA DARI AL-QURAN...

Doa di dalam al-Qur'an



Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,

"Pemelihara kamu berkata, 'Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.'" (40:60)

Apabila berseru, atau memohon, atau berdoa kepada Allah, haruslah dengan merendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan. Firman-Nya,

"Berserulah kepada Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia ..... dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik." (7:55-56)

Juga, Allah diseru dengan menuluskan agama untuk-Nya

"Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (40:65)

Apa yang dipohonkan haruslah yang baik dan tidak tergesa-gesa memohon yang tidak baik. Apabila yang baik dipohon tetapi yang buruk pula yang datang, maka janganlah menjadi jemu dan berputus asa. Firman-Nya,

"Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa." (17:11)

"Manusia tidak menjadi letih berdoa untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, maka jemulah dia, berputus asa." (41:49)

Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah. Kerana mereka adalah ajaran daripada Allah.

Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah, adalah, pada hemat penulis, contoh bentuk sebuah doa yang amat baik, berbunyi,

"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (1:1-7)

Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur'an:

Tidak menjadi orang bodoh:

"Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh." (2:67)

Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:

"Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.'" (2:127-129)

Yang baik di dunia dan di akhirat:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201)

Ketika bertemu musuh dalam peperangan:

"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:250)

Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:

"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:286)

Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:

"Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu." (3:8-9)

Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:

"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)

Setelah melahirkan anak (doa ibu Mariam):

"Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." (3:36)

Mendapatkan anak:

"Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa." (3:38)

Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:

"Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau menurunkan, dan kami mengikuti rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang menyaksikan." (3:53)

Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:

"Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya." (3:147)

Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):

"Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.
Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah menjanjikan kami pada rasul-rasul Engkau, dan janganlah Engkau mengaibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji temu." (3:191-194)

Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:

"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114)

Memohon ampun dan pengasihan Allah setelah menzalimi diri sendiri atau buat jahat:

"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)

Kesabaran dan kemusliman:

"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman." (7:126)

Taubat:

"Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin." (7:143)

Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara:

"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (7:151)

Doa Nabi Musa setelah 70 orang lelaki meminta untuk melihat Tuhan lalu ditelan oleh gempa bumi:

"Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." (7:155-156)

Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak menjadi cubaan bagi kaum yang tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:

"Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya." (10:85-86)

Doa Nabi Musa terhadap Firaun:

"Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih." (10:88)

Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:

"Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak menanyai Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak mengampuni aku, dan tidak mengasihani aku, tentu aku menjadi antara orang-orang yang rugi." (11:47)

Doa Nabi Yusuf:

"Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101)

Doa Nabi Ibrahim:

"Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan." (14:35-41)

Doa untuk ibu bapa:

"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)

Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur'an):

"Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap." (17:80-81)

Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami." (18:10)

Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:

"Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini." (18:24)

Apabila memasuki kebun:

"Seperti yang Allah mengkehendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah" (18.39)

Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris), Yang akan menjadi warisku, dan yang menjadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati." (19:4-6)

Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:

"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku." (20:25-28)

Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur'an):

"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114)

Apabila disentuh penderitaan:

"Sesungguhnya, penderitaan telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (21:83)

Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:

"Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu menyifatkan." (21:112)

Setelah didustakan orang:

"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku." (23:26)

Tempat berlabuh (kapal):

"Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan." (23:29)

Tidak diletakkan bersama orang zalim:

"Wahai Pemeliharaku, jika Engkau memperlihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan, Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim." (23:93-94)

Perlindungan daripada syaitan:

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)

Memohon ampun dan dikasihani:

"Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:109) dan,

"Wahai Pemeliharaku, ampunilah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:118)

Dipalingkan daripada azab Jahanam:

"Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri, Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal." (25:65-66)

Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (25:74)

Doa Nabi Ibrahim:

"Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih, Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan, Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat. Janganlah mengaibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan, Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat, Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (26:83-89)

Doa Nabi Sulaiman:

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19)

Memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri (buat jahat):

"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." (28:16)

Mencari arah ke tempat yang baik:

"Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul." (28:22)

Memohon rezeki:

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku." (28:24)

Pertolongan terhadap orang jahat:

"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan." (29:30)

Jauhkan perjalanan (pengembaraan):

"Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami" (34:19)

Memohon mendapatkan anak yang salih (baik):

"Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih." (37:100)

Doa Nabi Sulaiman:

"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (38:35)

Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an:

"Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau menjanjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar." (40:7-9)

Ketika menaiki kenderaan:

"Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya, Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik." (43:13-14)

Doa ketika sampai usia 40 tahun:

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)." (46:15)

Setelah dikalahkan:

"Aku dikalahkan; tolonglah aku!" (54:10)

Orang yang beriman kemudian:

“Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.” (59:10)

Tidak menjadi ujian bagi orang yang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:

"Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (60:4-5)

Doa isteri Firaun yang beriman:

"Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11)

Doa Nabi Nuh:

“Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orang-orang yang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:26-28)

Perlindungan daripada pelbagai kejahatan:

"Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki." (113:1-5)

Perlindungan daripada bisikan syaitan (jin dan manusia):

"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-5)

Halaman ini diakhiri dengan memuji Allah, berbunyi:

"Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan." (3:26-27)



Rujukan:
Kalimat seru di dalam al-Qur'an

DOA UNTUK IBUBAPA...



"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)

Kad Ucapan Selamat Hari Ibu



Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua ceria sentiasa tak kira walau di mana anda semua berada. Di kesempatan ini Pihak Sekolah dan PIBG SKSB ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 di luar sana semoga menjadi seorang isteri yg solehah dan menjadi ibu yg mithali kepada anak2. Terimalah kad2 ucapan Happy Mother's Day daripada kami.

SELAMAT HARI IBU....


DARIPADA: WARGA SKSB....2010

02 May 2010

Tingkatkan peranan PIBG

ARKIB : 27/03/2007
Oleh: MOHAMAD SOFEE RAZAK

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.

Objektif dan visi PIBG hendaklah selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FDN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN); dan prinsip Islam Hadhari.

Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.

Ini turut meliputi sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Penekanan kepada kurikulum dan pentaksiran amat penting, termasuklah pemantauan maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan serta infrastruktur sekolah.

Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada setiap guru dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah berkenaan. Institusi ini boleh bertindak melengkapkan prasarana keperluan fizikal sekolah dan murid seperti projek makmal komputer; penyediaaan akses jalur lebar SchoolNet ke sekolah; perpustakaan yang lengkap; program TV Pendidikan; pusat sumber yang mapan; kemudahan sukan dan rekreasi yang mantap dan berkesan; serta pelbagai inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lain.

Ini termasuklah kemudahan akses internet, paparan kristal cecair (LCD), kafe siber di sekolah dan lain-lain lagi yang mampu menyokong aspirasi kecemerlangan sekolah.

Inilah agenda dan misi yang sepatutnya menjadi matlamat serta perjuangan barisan kepimpinan dan pengurusan PIBG. Dan bukannya menjadikan PIBG sebagai platform politik murahan, gelanggang mengejar nama dan pangkat, medan mesyuarat ala kedai kopi atau perebutan jawatan demi kepentingan diri sendiri dan mempunyai agenda tersembunyi yang tidak memberi sebarang manfaat dan kebaikan kepada pembangunan sekolah dan masa hadapan pelajar.

Barisan kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka.

PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Pembangunan modal insan perlu dengan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar.

Ini bermatlamat melahirkan produk generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang. Hasilnya produk pelajar tersebut kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, mampu bersaing di pasaran global, berdikari, kreatif serta kebolehpasaran dalam apa jua bidang dan jurusan yang diceburi mereka pada masa akan datang.

Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru- baru ini sekali lagi menguji tahap prestasi sekolah dan keberkesanan fungsi kepimpinan dan pengurusan PIBG. Badan ini sedikit sebanyak memberi impak positif melalui program dan aktiviti yang dianjurkan.

PIBG juga dilihat mampu bertindak sebagai peneraju serta pencetus kejayaan pelajar di dalam peperiksaan awam yang diduduki, di samping faktor dalaman dan luaran lain yang menjadi asas kepada kejayaan mereka. Persoalannya ialah sejauhmanakah PIBG telah berjaya menentukan hala tuju dan misi sekolah agar terus berada pada landasan yang betul.

Adakah matlamat, piawaian dan penanda aras yang ditetapkan, berjaya dicapai oleh PIBG dan sekolah ke arah melahirkan generasi yang memiliki ciri-ciri pemikiran dan tindakan glokal, patriotik, berdisiplin, beradab dan beretika, menjunjung tinggi warisan budaya dan kesenian bangsa.

Bagi sekolah yang peratusan kelulusan masih rendah atau gagal mengekal prestasi kecemerlangan sekolah, maka PIBG dan pihak sekolah perlu melakukan sesuatu bagi menaikkan imej, identiti dan menjaga nama baik sekolah agar tidak dipandang rendah.

Mungkin lebih banyak kelas tambahan perlu diadakan dengan memanggil guru pakar memberi latihan serta memperbanyakkan kursus motivasi kepada pelajar yang lemah dan kurang potensi. Medium pembelajaran berteraskan akses Internet hendaklah digalakkan kerana pelajar boleh mengaplikasikannya sebagai sumber rujukan tambahan yang tiada di dalam bilik darjah, buku teks dan rujukan lain.

Banyak portal dan blog pendidikan yang berfaedah kepada pelajar dan guru untuk diterokai, sama ada produk tempatan ataupun luar negara. Pelajar juga mudah menyerap serta memahami apa yang telah mereka pelajari menerusi program multimedia dan internet yang membolehkan mereka mengulang kaji pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga boleh berinteraksi dan berbincang berkenaan pembelajaran dengan rakan-rakan dari sekolah yang sama atau berlainan melalui medium Internet. Ini menjadikan suasana dan realiti pembelajaran menjadi lebih menarik, moden dan mesra IT. Pembelajaran pintar ini dapat diaplikasikan melalui medium e-mel, chatting, blog dan sebagainya dari bilik masing-masing atau di kafe siber sekolah.

Oleh yang demikian, PIBG perlu memikirkan tentang perlunya penyediaan kemudahan kafe siber di setiap sekolah bagi membolehkan pelajar dan guru berinteraksi sesama mereka di luar waktu persekolahan. PIBG juga hendaklah mampu memandu sekolah sebaris dengan kelompok sekolah bestari dan berpotensi dikategorikan di dalam sekolah kluster atau Kelompok Sekolah Cemerlang (KSC) seperti yang diumumkan baru-baru ini. Peruntukan sebanyak 300 buah sekolah kluster seluruh negara perlu diisi dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Manakala Sekolah Bestari pula yang diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai menyokong aspirasi Wawasan 2020 dalam mewujudkan sebuah generasi baru modal insan yang pemikir serta celik teknologi bagi menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan global menerusi aplikasi utama MSC Malaysia.

Ini adalah penanda aras dan objektif kecemerlangan yang perlu diusahakan oleh sesebuah sekolah yang mahu ke hadapan dan berdaya saing.

Di samping itu juga, PIBG perlu mencari formula mujarab dan berkesan bagi menangani masalah sosial pelajar sekolah yang semakin parah dan serius. Masalah merokok, penagihan dadah dan pornografi, seks bebas dan pelbagai bentuk jenayah lain seperti mencuri, mencabul, membuli dan sebagainya hendaklah dibanteras secara bijak dan berhemah agar perkara ini tidak terus berlarutan dan menjadi barah dalam dunia pendidikan.

Peningkatan dan pertambahan jenayah dan masalah sosial ini amat membimbangkan, maka PIBG hendaklah segera bertindak dan mencari jalan penyelesaian yang positif. Satu pelan bertindak yang holistik dan realistik diperlukan agar perubahan dan pembaharuan dapat dilakukan melalui kaedah, formula dan method terbaik dan paling berkesan. Untuk itu, penglibatan dan kerjasama semua pihak perlu bagi mengatasi masalah.

Inisiatif ini perlu digemblengkan sewajarnya dengan bantuan pihak kerajaan, ulama, ahli politik, tokoh pendidikan, NGO, majlis alumni sekolah, pihak swasta dan masyarakat seluruhnya.

Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, menuntut PIBG turun padang merencanakan teras strategi PIPP ke arah membina negara bangsa; membangunkan modal insan; memperkasakan sekolah kebangsaan; merapatkan jurang pendidikan; memartabatkan profesion keguruan; dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Sekiranya semua elemen ini berjaya diterjemahkan sebaiknya, maka dinamika dan keanjalan sistem pendidikan mapan kita akan dicontohi dan dikagumi dunia.

Pelan ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, cekap, berhikmah, telus, amanah dan bertanggungjawab. Langkah ini sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Misi Nasional dan penekanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menetapkan pembangunan modal insan yang memiliki minda kelas pertama. Gagasan dan misi besar ini tidak akan berjaya, sehinggalah subjek sasaran atau pelajar digilap dengan prinsip agama dan kemanusiaan.

Di samping itu, pihak PIBG seharusnya bijak mengadakan jaringan dan kerjasama bijak dengan institusi pendidikan terbaik dan cemerlang tempatan dan luar negara seperti Singapura, Amerika Syarikat dan England. Perkongsian pintar maklumat dan teknologi pendidikan terkini perlu diadakan agar sistem pendidikan tempatan lebih efisien, sofistikated, kompeten dan tidak ketinggalan zaman.

Melalui perkongsian pintar ini maka medan pendidikan di negara kita menjadi lebih terbuka, seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif, moden serta ekonomik sepanjang masa.

- MOHAMAD SOFEE RAZAK ialah seorang peguambela dan peguamcara./Utusan Online

Peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Ekoran itu, mereka mulai memulaukan sekolah dan mendendami guru tertentu. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan.

Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali bersaing dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi.

Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa tertekan dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

Kejadian memukul, mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah guru merupakan gejala yang boleh mematahkan semangat guru. Tindakan PIBG membela nasib guru yang menjulang amanah ini akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak langsung dapat membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar, malahan juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelaj ar yang berkualiti pada masa hadapan.

Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan.

Difailkan dalam: STPM/ehsan:http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/

23 April 2010

KSSR terap 1Malaysia



Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB

KURIKULUM baru akan memupuk semangat 1Malaysia melalui subjek baru yang bertemakan kenegaraan dan patriotik. -Gambar hiasan

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

KEJAYAAN MURID-MURID SKSB 2010

BERCERITA KISAH-KISAH NABI

BALQIS BINTI AZIZI : JOHAN KELOMPOK 8 DAN DAERAH HILIR PERAK
AMMAR BIN AZIZI : JOHAN KELOMPOK 8 DAN KETIGA DAERAH


BOLA BALING


PASUKAN LALAKI : TEMPAT KEEMPAT
PASUKAN PEREMPUAN : NAIB JOHAN


Seorang pelajar terpilih mewakili pasukan kelompok 8 ke pertandingan Bola Baling Daerah iaitu adik Naqiuddin bin Mohamad Yaacob.

KEJAYAAN MURID-MURID SKSB 2010

BERCERITA KISAH-KISAH NABI

BALQIS BINTI AZIZI : JOHAN KELOMPOK 8 DAN DAERAH HILIR PERAK

09 April 2010

PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN KAMPUS ASTRO 2010

PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN KAMPUS ASTRO PDF Cetak E-mail

Perhatian kepada semua Pengetua, Guru Besar dan khasnya Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di seluruh sekolah Daerah Hilir Perak.

Proses penghantaran dan proses pemasangan Projek Kampus Astro sedang dijalankan di SEMUA sekolah di dalam Daerah Hilir Perak.

Bagi proses penghantaran, pembekal yang mewakili ASTRO akan menghantar peralatan berikut ke sekolah tuan/puan:

1. Sebuah televisyen LCD 32"
2. Sebuah Digital Multimedia Gateway (DMG)
3. Sekeping Smart Card
4. Sebuah Outdoor Unit (ODU)
5. Alat kawalan jauh (RC) bersama bateri
6. Sebuah buku manual pemasangan
7. Sebuah rak televisyen Kampus Astro
8. Kabel-kabel dan aksesori

Pohon kerjasama serta keprihatinan Pengetua dan Guru Besar untuk MEMASTIKAN kesemua peralatan yang disenaraikan di atas dipastikan ADA sebelum tuan/puan menurunkan tandatangan pada Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dari pembekal.

Bagi proses pemasangan, agen dari Astro akan datang ke sekolah tuan/puan dan melakukan pemasangan semua peralatan di atas. Pohon kerjasama GPM untuk MENGUJI semua peralatan Kampus Astro sebelum meminta tandatangan Pengetua/Guru Besar.

Jika ada sebarang MASALAH yang timbul, JANGAN tandatangan sebarang SAP atau borang pemasangan walaupun agen-agen tersebut BERJANJI akan datang semula ke sekolah tuan/puan untuk mengatasi masalah berikut pada kemudian hari.

Sila segera hubungi Pusat Kegiatan Guru (PKG) di kelompok tuan/puan bagi melaporkan masalah yang berlaku atau hubungi Encik Khairul Nizam (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Langkap) di talian 012-7755646.

MAKLUMAT SSQS (KUTIPAN 1/2010)

KETETAPAN TARIKH BARU UNTUK LOG MASUK DATA SPPICTS (KUTIPAN 1/2010) PDF Cetak E-mail
Jumaat, 09 April 2010 02:05
Perhatian kepada semua Pengetua, Guru Besar dan khasnya Guru Penyelaras Bestari semua sekolah di Daerah Hilir Perak.

Berikutan masalah kesesakan server yang mengakibatkan kegagalan untuk log masuk server di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bagi pengisian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS), BTP telah menetapkan jadual log masuk untuk Negeri Perak:

14, 15, 17 dan 24 April
1, 2, 6, 7, 8 dan 9 Mei

Pohon kerjasama tuan-puan supaya segera melengkapkan data SPPICTS sehingga tahap100% demi memartabatkan pencapaian ICT di Daerah Hilir Perak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ssqs.moe.edu.my dan sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah diajukan kepada Encik Khairul Nizam (Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Langkap) di talian 012-7755646.

09 March 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KEL. 8 TAHUN 2010

SEKOLAH AKAN MENJADI TUAN RUMAH UNTUK PERTANDINGAN MAJLIS TADRUS AL-QURAN PADA KETETAPAN YANG BERIKUT:

TARIKH: 11 MAC 2010
HARI: KHAMIS
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT: SK SUNGAI BALAI

SEMUA SEKOLAH KEL.8 SERTA IBUBAPA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI.

KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA SKSB KALI KE-31 TAHUN 2010

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN TAHUN 2010
JOHAN : RUMAH KUNING
N. JOHAN : RUMAH HIJAU
KETIGA : RUMAH MERAH

ANUGERAH:
OLAHRAGAWAN : AMMAR RUSHDI BIN AZHAR (KUNING)
OLAHRAGAWATI : SITI ZAHIDA BINTI KOSNIN (HIJAU)

KEJOHANAN OLAHRAGA SKSB KALI KE-31 TAHUN 2010

CATATAN:
Kejohanan Olahraga SKSB kali ke-31 telah diadakan pada 9 Mac 2010 bertempat di Padang SKSB. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hassan bin Hj. Hamzah AMP (Pengerusi Yayasan Buku Negara). Pihak sekolah mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir Terutama ibubapa dan Belia dari Kampung berdekatan. Dan tidak lupa juga keringat yang dicurah oleh PIBG yang diterajui oleh En. Azhar bin Amin(YDP PIBG) yang banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang Kejohanan ini. Kepada semua penyumbang hamper dan hadiah daripada orang perseorangan atau berkumpulan, pihak sekolah dan PIBG mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua...

07 March 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-31 TAHUN 2010

BEBERAPA AKTIVITI TELAH DIJALAN UNTUK PERSIAPAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI-31 TAHUN 2010 BERSAMA-SAMA DENGAN IBUBAPA, GURU-GURU DAN BELIA. ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH....

1. MESYUARAT BERSAMA AJK PIBG YANG TELAH DIADAKAN PADA 18 FAEB 2010.

2. MENYUARAT PEMUAFAKAN SUKAN BERSAMA PIBG YANG TELAH DIADAKAN PADA 2 MAC 2010.

3. GOTONG-ROYONG MENDIRIKAN KHEMAH DAN MENGHIAS PADANG TELAH DIADAKAN PADA 5 MAC 2010. SERENTAK DENGAN ITU DIADAKAN AKTIVITI SUKANEKA UNTUK IBUBAPA IAITU GOLEK TAYAR DAN BOLA JARING. PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN TENAGA YANG TELAH DICURAHKAN. HNYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA...

BOLA SEPAK KELOMPOK 8 BAWAH 12 TAHUN 2010

MAKLUMAT PERTANDINDINGAN:

TARIKH : 6 MAC 2010
HARI : SABTU
MASA : 8:00 PAGI
TEMPAT : PADANG SK SUNGAI BALAI

PASUKAN YANG MENYERTAI

1. SK SUNGAI BALAI
2. SK SUNGAI NIPAH
3. SK RUNGKUP
4. SK SUNGAI PERGAM
5. SK BAGAN DATOH
6. SK SIMPANG TIGA

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

JOHAN : SK SUNGAI NIPAH B
N. JOHAN : SK SUNGAI BALAI
KETIGA : SK BAGAN DATOH A
KEEMPAT : SK BAGAN DATOH B


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYERTAI, PASUKAN YANG MENANG AKAN MEWAKILI KELOMPOK 8 KE PERTANDINGAN DAERAH PADA 10 APRIL 2010 DI SK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN.

KEJAYAAN SEPANJANG 2009

KEJAYAAN SEPANJANG 2009
Naib Johan Kompang dan Formasi Daerah 2009

Saguhati Kompang Selawat Daerah 2009

Johan Kompang Selawat Kel 8(2008/2009)

AKTIVITI SEPANJANG 2009

AKTIVITI SEPANJANG 2009
Gotong-royong membina garaj basikal

Kejohanan Olahraga 2009

Festival Agama Islam Kel.8 2009

Gotong-royong membina garaj basikal

Kem Literasi Al-Quran Tahun 5

Kem Literasi Al-Quran Tahun 5

HARI KOKURIKULUM 2009

HARI KOKURIKULUM 2009
Permainan Jejak Si Buta

Membuat Kraftangan...

Malam Kebudayaan

Memanggang Ayam

Makan malam lauk ayam panggang

Jom makan malam... Sedapnya... ayam panggang