Welcome 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SEMOGA TAHUN 2015 MEMBERI LEBIH KEJAYAAN UNTUK MURID-MURID SK SUNGAI BALAI.

MISI DAN VISI

VISI DAN MISI KPM

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Sekolah Kebangsaan Sungai Balai

Menjana Generasi Terbilang.

MISI

Membentuk Modal Insan Cemerlang Berminda Kelas Pertama Melalui;

A. Pengurusan Dan Kepimpinan Yang Cekap Dan Berkesan.

B. Akademik Yang Berasaskan Pengurusan Pembelajaran Dan

Pengajaran Yang Berkualiti.

C. Program Pembinaan Insan Untuk Melahirkan Murid Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu Dan Berketrampilan.

D. Aktiviti Sukan Yang Berasaskan Pendekatan Saintifik Dan

Inovatif.

E. Aktiviti Kokurikulum Yang Berasaskan Pembinaan

Generasi Bestari , Jatidiri Dan Integriti Nasional.


MOTTO SEKOLAH

Ilmu Bekalan Hidup


SLOGAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Balai Cemerlang

28 December 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA MURID SKSB, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI 2010. PERSIAPKAN SEGALA KELENGKAPAN DAN KEPERLUAN SEKOLAH. JUMPA SEMULA KE SEKOLAH PADA 4 JANUARI 2010.

08 December 2009

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010

01 December 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Tahniah kepada semua murid tahun 6 2009, kerana telah berjaya dalam UPSR. Seramai 21 calon telah mengambil peperiksaan tersebut. 3 daripada calon tersebut telah mendapat 5A. Berikut adalah senarai calon yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Mendapat 5A:-
1. Aiman Hafifi b. Mohamed Khusainy
2. Mohamad Salehuddin b. Mohd Soror
3. Nur Syafiqah bt. Saari

Mendapat 4A 1B:-
1. Fatatun Jawiah bt. Daim
2. Khalid Saifullah bt. Nordin
3. Amirul Hakim b. Muhmmad

Mendapat 3A 2B:-
1. Farid Mahfudz b. Mat Asman

Mendapat 2A 3B:-
1. Nur Mariam bt. Husni
2. Amirah Su'aidah bt. Mohd Asri

27 October 2009

BERITA TERGEMPAR

22 murid mangsa jambatan runtuh belum ditemui sehingga pagi ini


GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.

Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.


Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.

Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.



Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa



GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Warga Sekolah dan PIBG mendoakan kejayaan anak-anak didik SK Sungai Balai. Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun. Semoga mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang.

03 July 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009


PERCUBAAN UPSR 2009 AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN YANG BERIKUT:

TARIKH : 14 JULAI 2009 - 16 JULAI 2009
HARI : SELASA -RABU

18 May 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Kad ucapan hari guru yang dibuat sendiri oleh murid-murid SKSB

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Guru-guru menerima hadiah dan ucapan Hari Guru daripada murid-murid.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Upacara memotong kek. Kek disumbangkan oleh Bank Rakyat dan murid-murid SKSB.
Terima Kasih.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Murid-murid dan guru bermain rebut bangku dan sukaneka.


15 May 2009

SAJAK UNTUK GURU-GURU

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetlaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang

1979

Untuk mencari sajak-sajak berkaitan guru, klik di sini
http://us.geocities.com/sajak29/moden/guru/index.htm

13 May 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

KAMI GURU MALAYSIA

SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

.....................................................................................................................................
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

TEMA HARI GURU MALAYSIA

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

SELAMAT HARI GURU

headerTEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Lirik Lagu
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

................................@@@@@@@@@@@@@................................

Lirik Lagu
GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


09 May 2009

LIRIK LAGU - UNTUKMU IBU

Tajuk: Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu…

Selamat Hari Ibu...

Sebagai seorang anak, menjadi kewajipan mengenang jasa dan pengorbanan ibu yang tidak terhitung nilainya. Kedudukan ibu juga sangat istimewa dan mulia di sisi Islam, sebingga pernah suatu ketika Nabi s.a.w. ditanya berkaitan individu yang perlu dihormati dan disayangi. Lalu baginda s.a.w. menyebut insan yang bergelar "ibu" sebanyak tiga kali dan "ayah" pada sebutan yang keempat. Ini menggambarkan kedudukan ibu sangatlah tinggi berada pada tiga level yang teratas.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
::Duhai Bonda::
::Nowseeheart::

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagiaLihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati dukaWalau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Ucapan Hari IBU

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..miahaha…Terutama sekali kepada ibu aku, Hasnah Ahmad, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..

Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Hasil nukilan:

Rozaimie

Buat Ibu-ibu di luar sana...

Pihak Sekolah dan PIBG SK Sungai Balai mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. Jasa dan pengobanan yang dicurahkan teramat besar kepada kami semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa ibu-ibu semua. Al-Fatihah kepada semua ibu yang telah kembali menghadap yang Maha Esa. Al-Fatihah....
Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu...

30 April 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009

PESERTA KEM SEDANG MENJAMU SELERA

Kem Bestari Solat Siri 1 telah diadakan pada 24 April 2009 bersamaan hari Jumaat. Kem ini telah diadakan pada sebelah petang. Guru yang bertugas pada petang tersebut ialah Ustazah Fauziah dan Ustaz Salmezal. Untuk siri 1 ini, kehadiran murid tahun satu adalah 100% hadir.

Naib Johan Daerah Hilir Perak

PASUKAN KOMPANG & FORMASI
(Belakang: Hafiq, Khalid Aiman Ammar, Farid, Firdaus, Syafikul)
(Depan: Izzudin, Naqiuddin, Naufal, Hassan, Salleh, Hayyat)
(Tiada dalam gambar: Asyraff dan Falah)

Pasukan Komapng Formasi SKSB telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Ini amat membanggakan kerana ini merupakan penyertaan kali pertama SKSB. Terima Kasih kepadaq Guru yang mengajar dan menghantar murid-murid ke pertandingan tersebut. Sekalung tahniah diucapkan...

28 April 2009

BERTANDING LAGI...


Pasukan Kompang SKSB akan bertanding lagi dalam pertandingan Kompang dan Formasi yang akan diakan pada keketapan berikut:

Tarikh: 29 April 2009

Masa : 2.00 ptg

Tempat : Dataran Asrama SMK Raja Muda Musa


Sama-sama kita doakan agar pasukan Kompang SKSB berjaya dalam pertandingan tersebut. InsyaAllah.

27 April 2009

Bercerita Agama Peringkat Negeri

TAHNIAH.....

Adik Aiman Hafifi telah mewakili Daerah Hilir Perak dalam pertandingan bercerita agama. Adik Aiman hanya mendapat saguhati, tetapi usaha yang ditunjukkan oleh adik Aiman amat-amat dihargai. Ucapan tahniah dan Terima Kasih juga diucapkan kepada Ustazah Nor Hamzani kerana tidak jemu-jemu melatih Adik Aiman sehingga ke Peringkat negeri... SYABAS

02 April 2009

MENANG LAGI....

Dua orang murid SKSB telah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu yang telah diadakan di SK Rungkup. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 30 Mac 2009. Murid yang dimaksudkan ialah Adik Syahira binti Saari mewakili murid tahap satu. Adik Syahira telah mendapat tempat pertama manakala adik Siti Zahida binti Kosnin yang mewakili murid tahap 2 telah telah mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

27 March 2009

Kempen Earth Hour

Kempen Earth Hour: Tutup Lampu Selama Satu Jam Mulai 8.30PM, 28 Mac 2009

KUALA LUMPUR: Dalam usaha simbolik untuk menangani pemanasan global, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), menggesa rakyat Malaysia untuk memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30 malam pada 28 Mac.

Pengarah Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius SK Sharma, berkata, tindakan itu selaras langkah pergerakan antarabangsa Earth Hour

Katanya, beberapa bangunan mercu tanda di negara ini seperti Menara Kuala Lumpur, Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall akan bersama-sama dengan bangunan mercu tanda di 74 negara lain dalam menjayakan pergerakan Earth Hour.

Duta Earth Hour Malaysia, Yasmin Ahmad, berkata pihaknya berharap untuk menghubungi lebih banyak syarikat korporat dan agensi kerjaan termasuk Kompleks Kerajaan Putrajaya dan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk turut serta dalam pergerakan itu.

Pergerakan Earth Hourmencatatkan kejayaan pada 2007 di Sydney, Australia di mana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan memadamkan lampu mereka selama sejam.

Untuk maklumat lanjut dan mengikrarkan sokongan bagi Earth Hour 2009, sila layari laman web www.earthhour.org/malaysia

19 March 2009

Dapat rumah, ditaja biasiswa belajar di London

NIK NUR MADIHAH (gambar kecil) mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2008 ketika belajar di rumah ini di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa.




KUALA LUMPUR - Nik Mohd. Kamal Hussien, 41, mungkin tidak pernah bermimpi untuk mendiami rumah bernilai RM130,000 dan menghantar anaknya belajar ke luar negara.

Dengan pendapatannya sebanyak RM500 sebulan sebagai nelayan, tidak mungkin nelayan dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu dapat berbuat demikian.

Namun, semua itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hanya kerana kecemerlangan anaknya Nik Nur Madihah, 18, yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Lebih menarik, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar semalam memberitahu, anaknya itu akan ditawarkan pinjaman penuh secara automatik oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dianggarkan bernilai RM70,000 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di London.

"Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.

"Kita tawarkan biasiswa A-Level di London berdasarkan minat Nik Nur Madihah untuk belajar di United Kingdom,'' katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu.

Selain Mara, semalam Nik Nur Madihah turut ditawarkan dua lagi biasiswa lain daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Rabu ini, Nur Madihah akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa yang diatur oleh BNM.

Di Pengkalan Chepa, Nik Nur Madihah melahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan banyak pihak ekoran kejayaan diperolehnya. Dia menganggap ia adalah rahmat Tuhan atas kesabarannya selama ini.

Selain tawaran biasiswa anaknya, Nik Mohd. Kamal turut dikhabarkan dengan berita gembira apabila Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyatakan pihaknya akan membina rumah baru untuk keluarga tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kos pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM130,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.

“Tapak rumah telah disediakan di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dan akan dibina dengan segera.

“Pemberian rumah ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga mereka di samping sebagai penghargaan kepada kejayaan Nik Nur Madihah,’’ katanya ketika ditemui selepas memberi sumbangan peribadi kepada keluarga itu di sini semalam.

Bagi Nik Mohd. Kamal, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sambil tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur dan terharu terhadap kurnia Tuhan kepadanya.

“Saya cuma harap pemberian ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak dan menjadikan mereka lebih tekun belajar pada masa akan datang,’’ ujarnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

JADIKAN CONTOH UNTUK MURID-MURID SKSB BERJAYA.... INSYAALLAH...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

17 March 2009

Ramai Guru Sains, Matematik lemah Bahasa Inggeris

BESUT 2 Sept. Utusan Online - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.

”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.

Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.

Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.

Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.

- Bernama

‘Paksa Rela’ Punca Guru PPSMI Lemah Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online - Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.

Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.

”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.

”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.

Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.

Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.

”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,” jelasnya.

12 March 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-30 TAHUN 2009

Sekolah Kebangsaan Sungai Balai telah berjaya melaksakan Kejohanan Olahraga kali ke-30 pada 11 Mac 2009. Kejayaan ini adalah berkat kerjasama semua pihak antaranya AJK PIBG, Ibu bapa, Belia, bekas pelajar, orang kampung dan ramai lagi. Segala keringat yang diberi hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Di bawah adalah sorotan aktiviti sepanjang persiapan menjelang KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-30 TAHUN 2009.

1. GAMBAR SEMASA GOTONG-ROYONG











Gambar ini menunjukkan beberapa orang bapa dan penjaga murid-murid SKSB sedang menyodok pasir untuk menyiapkan garaj basikal. Dengan kerjasama semua, garaj basikal dapat disiapkan dengan jayanya. Jasamu akan dikenang.

2. GAMBAR SEMASA SUKAN

3. GELAGAT SEMASA SUKAN

05 March 2009

SEKALUNG TAHNIAH...

SK Sungai Balai telah menjadi Johan keseluruhan dalam pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan di SK Matang Kunda. Semua peserta telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pertandingan tersebut. Inilah rentetan peristiwa sepanjang hari pertandingan...

Peserta Kompang Selawat segak berpakian warna kekuningan bersamping coklat emas. Semua peserta telah bersedia. Peserta terdiri daripada darjah 4,5 dan 6. Dari belakang kiri: Asyraaf, Aiman, Farid, Hayyat, Falah, Khalid, Izzudin & Syafiqul. Barisan Depan kiri: Hafiq, Firdaus, Hassan, Naufal, Qiud, Salleh & Ammar.



Peserta perempuan dari kiri Amirah Shu'aidah ( tulisan jawi), Nabeelah (Hafazan), Balqis (Bercerita) & Fatatun Jawiah (Mengaji). Semuanya terdiri daripada murid tahun 5 dan 6.



SK Sungai Balai telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kompang Selawat Kelompok 8. Dengan ini, SK Sungai Balai telah menjadi Johan kelompok sebnyak 2 kali berturut-turut. Tahniah...







Inilah sebahagian wajah-wajah ceria peserta SK Sungai Balai di SK Matang Kunda.

FESTIVAL AGAMA ISLAM

SK Sungai Balai akan meneruskan perjuangan dalam pertandingan Kompang Selawat, Nasyid, Bercerita, Berzanji dan Tilawah Al-Quran di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hilir Perak yang akan diadakan pada ketepan berikut:-

Tarikh : 25 Mac 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat: SK Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Semua pembaca di dijemput hadir untuk memberi sokongan.


03 March 2009

MESYUARAT PERMUAFAKATAN OLAHRAGA 2009

Tarikh: 4 Marc 2009
Hari: Selasa
Masa: 3.00 ptg

Maklumat yang dipersetujui.
1. Gotong-royong sukan akan diadakan pada 10 March 2009.
2. Sukan sekolah akan diadakan pada 11 March 2009.
3. Permainan ibubapa semasa gotong-royong
* Kaum ibu: Lontar Peluru
* Kaum bapa: Lontar peluru

SEMUA IBUBAPA DAN BELIA DIJEMPUT HADIR.

01 March 2009

KEADAAN PADANG SEBELUM & SELEPAS PERTANDINGAN

Gambar di sebelah merupakan keadaan padang sehari sebelum pertandingan. Masalah paling besar ialah keadaan padang yang terlalu rendah menyebabkan air dari parit sekiling masuk ke padang. Keadaan bertambah buruk dengan cuaca hujan pada tiap-tiap malam.



Gambar kedua ini adalah gambaran sehari sebelum pertandingan. Ini merupakan usaha guru-guru untuk mengurangkan takungan air di tengah padang. Guru-guru terpaksa membuat tali air untuk menyalirkan air ke parit, tapi usaha itu hanya sia-sia sahaja. Padang masih lagi bertakung.



Gambar ketiga ini juga sehari sebelum pertandingan. Murid-murid bergotong-royong bersama guru-guru menambak di kawasan gelanggang permainan. Lihat di kaki meraka, masih lagi tenggelam dan keadaan masih lagi tak berubah. Hari pertandingan smakin dekat...



Gambar keempat menunjukkan keadaan padang yang masih digenangi air. Ini merupakan kaki salah seorang murid. Masih dalam dan garisan gelanggang telah tenggelam...





Gambar kelima adalah gambar semasa hari pertandingan. Inilah keadaan gelanggang yang mempunyai kawasan lecah di tengah padang. Tetapi perlawanan masih tetap berjalan dengan lancar. Baju murid-murid dipenuhi kotaran lumpur...




Gambar keenam adalah gambar perlawanan terakhir pada hari pertandingan. Keadaan padang semakin teruk. Tuan rumah terpaksa menabur tepung hampir 4 kg untuk membuat garisan sementara. Alhamdulillah, pertandingan tersebut berjaya juga dihabiskan pada jam 12.30 tgh.


Selepas pertandingan, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada sekolah yang menang. Pihak penganjur memohon maaf di atas kekurangan sepanjang pertandingan dijalankan. Terima kasih di atas bantuan Pengadil-pengadil bertauliah yang telah mengadili Pertandingan Bola Baling Kelompok 8. Dan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan. Hanya Allah sahaj yang dapat membalas jasa baik semua. Kepada pasukan yang menang, mereka akan bertanding ke peringkat daerah pada 4 April 2009 (Sabtu) di SK Sungai Lampam, Teluk Intan. Sama-sama kta doakan agar pasukan kelompok 8 berjaya......

KEPUTASAN BOLA BALING KEL.8 (2009)

KEPUTUSAN BOLA BALING LELAKI
  1. SK SUNGAI BALAI
  2. SK SUNGAI NIPAH
  3. SK RUNGKUP
  4. SK SUNGAI PERGAM

KEPUTUSAN BOLA BALING PEREMPUAN
  1. SK SUNGAI NIPAH
  2. SK SUNGAI PERGAM
  3. SK SUNGAI BALAI
  4. SK RUNGKUP

25 February 2009

GAMBAR PANORAMA SKSB

SAMBUTAN HARI GURU 2008


Gambar di sebelah adalah sambutan Hari Guru pada tahun 2008. Guru-guru sedang memaca ikrar dan di saksikan oleh murid-murid.

Selamat Hari Guru...
LOVE YOU ALL TEACHERS...




Guru-guru lelaki sedang bermainan permainan rebut kerusi. Di hadapan sekali diketuai oleh cikgu romie, budin, jeli, cikgu utuh, ustaz dan cikgu ramzie.






Guru-guru perempuan sedang bermain bowling kelapa... susah tu...

KEJAYAAN SEPANJANG 2009

KEJAYAAN SEPANJANG 2009
Naib Johan Kompang dan Formasi Daerah 2009

Saguhati Kompang Selawat Daerah 2009

Johan Kompang Selawat Kel 8(2008/2009)

AKTIVITI SEPANJANG 2009

AKTIVITI SEPANJANG 2009
Gotong-royong membina garaj basikal

Kejohanan Olahraga 2009

Festival Agama Islam Kel.8 2009

Gotong-royong membina garaj basikal

Kem Literasi Al-Quran Tahun 5

Kem Literasi Al-Quran Tahun 5

HARI KOKURIKULUM 2009

HARI KOKURIKULUM 2009
Permainan Jejak Si Buta

Membuat Kraftangan...

Malam Kebudayaan

Memanggang Ayam

Makan malam lauk ayam panggang

Jom makan malam... Sedapnya... ayam panggang